Perkara :Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010 ( Acara Pembukaan Pembarisan Lintas Hormat)
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam Selangor.
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
GABUNGAN SEMANGAT DAN KEKUATAN:Pelajar SMPKVSA, Theressa dari 4DTP mewakili rumah kuning untuk acara balapan 400 meter perempuan akhir. __________________________________________________________
KEKUATAN SEMANGAT DAN USAHA PENENTU KEJUARAAN:Semua peserta berlari tenang dan cuba untuk mencapai cita-cita menjuarai kejohanan acara trek bagi tahun 2010 ini. __________________________________________________________
AKSI DAN GUGUSAN HARAPAN SANG JUARA:kelihatan riak penuh semangat pelajar, Aishatul Radhiah 5JBL, mengorak langkah sebagai pelari kedua acara lari berganti-ganti. __________________________________________________________
HIJAU WARNA YANG UNGGUL:Kelihatan sedondon peserta larian balapan Juanita Anthonia Soundri dan Nur Farahin mengorak langkah menuju garisan penamat. __________________________________________________________
SIAP SEDIA UNTUK ACARA BALAPAN:Kelihatan para peserta mewakili rumah sukan masing-masing, tenang memulakan acara balapan dengan penuh semangat. __________________________________________________________
MENANG KALAH ADAT ACARA:Pelajar-pelajar tetap mampu tersenyum kegembiraan di akhir acara biarpun lelah berlari masih belum hilang, semangat kesukanan mewarnai dunia aksi. __________________________________________________________
Perkara :Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010 ( Acara Pembukaan Pembarisan Lintas Hormat)
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam Selangor.
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
LANGKAH PERTAMA:Semangat kesukanan terjalin diantara semua peserta dalam warna dan usaha mencapai kemenangan dan kegemilangan olahraga peringkat sekolah. __________________________________________________________
PENENTU KEJUARAAN:Lorong lapan, Khalid Ibni Walid Hj Nasir 4MMPU mewakili rumah biru kelihatan tenang melangkah memulakan acara balapan. __________________________________________________________
AKSI SANG JUARA DI TREK PANASONIC:Pelajar, Muhd Mujahidee Rabbani 4PPM1 Mewakili Rumah Merah, memenangi Acara 800 Meter Lelaki Akhir. __________________________________________________________
BERSATU DALAM USAHA DAN AKSI:Mohd Rashman mewakili Rumah Kuning mendahului peserta lain dalam permulaan acara lari 4x400 meter lelaki akhir. __________________________________________________________
SEDIA UNTUK ACARA BALAPAN 4X400 METER:Semua peserta bersedia bersama baton untuk memulakan larian penentu kejayaan rumah sukan masing-masing. __________________________________________________________
PENUH AKSI DI PERSADA SUKAN TREK DAN PADANG:Aksi ceria dan kegembiraan pelari pecut sekolah mengambarkan keceriaan dan semangat sukan yang unggul. __________________________________________________________
Perkara :Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010 ( Acara Pembukaan Pembarisan Lintas Hormat)
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam Selangor.
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
RAFA' SYUKUR DAN HARAPAN:Barisan penaung kejohanan dan yang Dipertua PIBG bersama-sama memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan sepanjang kejohanan. __________________________________________________________
MOHON INAYAH DAN KESEJAHTERAAN:Kelihatan Ustaz Azman mengetuai bacaan doa di kejohanan Olahraga dan pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010. __________________________________________________________
BENDERA KEJOHANAN OLAHRAGA 2010:Pelajar, Mohd Hasnul Fahmi Ariffin mengetuai acara menaikan bendera kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010. __________________________________________________________
PANJI KEJOHANAN DIJULANG TANDA KEUNGGULAN:Berkibar bendera putih tanda semua peserta Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010. __________________________________________________________
GABUNGAN SENI DAN SEMANGAT KEKITAAN:Para pelajar mewarnai stadium dengan seni lakon dan gabungan penggunaan suara latar dan emosi untuk hasil menyentuh hati. __________________________________________________________
UNIK DAN SEMULAJADI:Penggunaan buluh dan peralatan seni Melayu yang mewujudkan lakonan yang unggul gabungan bakat seni pelajar tingkatan empat dan lima SMPKVSA. __________________________________________________________
Perkara :Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA 2010 ( Acara Pembukaan Pembarisan Lintas Hormat)
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam Selangor.
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
PANJI KEJOHANAN OLAHRAGA:Pelajar, Mohd Hasnol Fahmi Ariffin mengetuai perbarisan bagi memberi tabik hormat kepada pihak pengurusan sekolah dan PIBG. __________________________________________________________
BERSATU DALAM RONA BIRU DAN KEHIDUPAN LAUT: Kontijen Rumah Biru bersama maskot ikan duyong biru tampil megah bersama ahli sukan dan guru-guru pengiring. __________________________________________________________
KEUNGGULAN FLORA DAN FAUNA:Seri hijauan meliputi kontijen Rumah Hijau tampak menawan dan gah di persada sukan dan olahraga SMPKVSA 2010. __________________________________________________________
KOMBINASI MERAH TANDA BERANI:Gabungan unggul para atlit Rumah Sukan Merah SMPKVSA 2010, menampakkan gaya dan harapan yang membara menuju jaya. __________________________________________________________
KECERIAAN KUNING DAN "GHOST":Konsep Under Taker Team menggambarkan jolokan utama kuning pasti menang menyemarakan lagi semangat kesukanan. __________________________________________________________
LAGU NEGARAKU:Bersama menyanyikan lagu kebangsaan Pelajar,Nasharuddin Razali(4 JBL2) dan Nur Farahin (5PPM) mengetuai bacaan ikrar kejohanan Olahraga dan pertandingan akhir acara padang SMPKVSA 2010. __________________________________________________________
Perkara :Raptai Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA, Selangor Darul Ehsan
Tarikh : 25 Mac 2010 (IKhamis)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam Selangor
Masa : 8.00 am - 1.30 pm
SYABAS:Suasana seawal jam 8.30am di kompleks Sukan, Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor menyaksikan sebahagian peserta bertanding dalam acara larian 800 meter. __________________________________________________________
JUARA:Kelihatan tenang dan pantas berlari di atas trek balapan, peserta Rumah Merah menjuarai acara larian 800 meter perempuan akhir. __________________________________________________________
GIGIH:Guru bertugas, En. Mohd Mustapha Kamal dibantu oleh beberapa orang pelajar SMPKVSA, menentukan ketinggian kayu lompat tinggi sebelum pertandingan dimulakan. __________________________________________________________
AKSI CEMERLANG:Pelajar bersemangat waja, mewakili rumah biru berusaha membuat lompatan sempurna dan cubaan yang baik dalam acara lompat tinggi lelaki. __________________________________________________________
CATATAN DAN UKURAN:Guru bertugas, Pn. Asmahani dan En. Mohd Padil bertugas di ruang lempar cakera meneliti ukuran jauh cakera dan ketepatan lemparan para peserta acara. __________________________________________________________
USAHAJAYA:Peserta acara Lempar Cakera sedang berusaha untuk membuat balingan yang baik dan jitu untuk menyumbangkan pingat buat rumah sukan dan capaian. __________________________________________________________
Perkara :Raptai Kejohanan Olahraga dan Pertandingan Akhir Acara Padang SMPKVSA, Selangor Darul Ehsan
Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)
Tempat : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor
Masa : 8.00 am - 1.30 pm
MEGAH TERSERGAM:Suasana seawal jam 7.45 pagi di Stadium Panasonic Seksyen 21,Shah Alam. __________________________________________________________
PENERAJU KEJUARAAN:Garisan penamat dimana bakal-bakal peserta rumah memulakan acara larian pecut. __________________________________________________________
PENDAFTARAN GURU:Guru bertugas, Pn Ang Gek Saw dan dibantu oleh Pn. Nor Adila M. Sharif di meja pendaftaran, sedang mendaftar ialah En. Najmi Rahman. __________________________________________________________
ASPEK KESELAMATAN:Aspek keselamatan perlu dititik beratkan supaya program berjalan dengan lancar. __________________________________________________________
SEDIA UNTUK TUGASAN BALAPAN:Guru bertugas Noratna Mohammad (kiri), Siti Zubaidah Mat Sakam, Nor ashikin, dan Cik Nor Azura Abd Aziz (bawah)sedang bersedia untuk catatan. __________________________________________________________
PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN:En.Sabar Katemon (kiri), Pn. Nor Adila Md Sharif,dan Cik Farhana Kamson berbincang sebelum aktiviti berjalan agar semuanya terkawal. __________________________________________________________
TAKLIMAT:En. Abu Talib Mat Top memulakan perjalanan majlis dengan memberi taklimat mengenai ceramah kepegawaian olahraga. __________________________________________________________
PERMULAAN:En. Sazali Mohd Karli menjadi pengacara majlis bagi memperkenalkan penceramah di bilik gerakan. __________________________________________________________
PERKENALAN:Penceramah, En. Abdul Hamid Yusoh, memperkenalkan diri sebelum memulakan ceramah di bilik gerakan. __________________________________________________________
ILMU:En. Abdul Hamid Yusoh menerangkan taklimat kepegawaian olahraga dengan dengan terperinci di bilik gerakan. __________________________________________________________
PENGHARGAAN:Pengetua SMPKVSA En.Jalaluddin Yusof, menyampaikan cenderamata kepada En. Abdul Hamid Yusof. __________________________________________________________
JAMUAN:Guru-guru menjamu selera selepas tamat taklimat kepegawaian olahraga di kaki lima bilik gerakan. __________________________________________________________
PENDAFTARAN:Pn. Alizawani @ Nur Atikah saat dan Pn Norehan Ali mendaftarkan kehadiran ibu bapa di dewan SMPKVSA. __________________________________________________________
VIP:En.Jalaluddin Yusof memerhatikan mantan pengurusi PIBG, Tuan Hj Bujang Shawal Abong mendaftar buku kedatangan. __________________________________________________________
DOA:En. Azman Ishak memulakan majlis dengan bacaan doa. __________________________________________________________
PENGHARGAAN:Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Selangor, Tn Hj Jamaluddin Haron menyampaikan cenderahati kepada bekas ahli jawatan kuasa PIBG. __________________________________________________________
HEBAT:Persembahan Koir sekolah menerima tepukan gemuruh daripada hadirin. __________________________________________________________
TANGGUNGJAWAB:Kelihatan ahli jawatankuasa yang baru dilantik berbincang mengenai aduan dan cadangan ibu bapa di dewan SMPKVSA. __________________________________________________________
Perkara :Kursus sehari Pengurusan Kelab dan Persatuan Peringkat Kebangsaan Sekolah 2010
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Gerakan dan Makmal Komputer
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
PERMULAAN:Guru serta pelajar muslim membaca ummul kitab untuk memulakan kursus ini di bilik gerakan. __________________________________________________________
PEMBENTANGAN:Bekas pelajar, Muhammad Afiq Isa sedang membentangkan tugasan ahli jawatankuasa sambil diperhatikan oleh Cik Lily Hartini Saparuddin di bilik gerakan. __________________________________________________________
PENYAMPAIAN:En.Azman Tumin menyampaikan ceramah kursus pengurusan di bilik gerakan. __________________________________________________________
MENJAMU SELERA:Kelihatan sebilangan pelajar menjamu selera di kantin sekolah semasa rehat. __________________________________________________________
PEMBENTANGAN:Peserta kursus membentangkan laporan yang telah dibuat untuk perhatian guru serta peserta lain di bilik gerakan. __________________________________________________________
KENANGAN:Guru serta pelajar kursus program bergambar di perkarangan sekolah sebelum majlis bersurai. __________________________________________________________
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), Shah Alam, Selangor adalah satu daripada empat buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Blog ini dibina adalah untuk memudahkan komunikasi antara guru,staff sokongan dan orang luar yang ingin bertanya atau ingin mengetahui tentang SMPKV.