Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Masa : 8.00 am - 12.45 pm
BERSATU DALAM KUMPULAN:Suasana damai dan permai di dalam seri kehijauan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, di lokasi Denai Alam. __________________________________________________________
MENUJU LOKASI AKHIR:Kelihatan Ashraf mengetuai perjalanan raptai di Laman Koko menuju lokasi akhir kawasan sawah padi di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. __________________________________________________________
LELUCON:Guru bertugas, Cik Rozaimi Silong dalam aksi tersepit di "checkpoint" 11 berhampiran tanah sawah lokasi damai di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. __________________________________________________________
SENYUM SANTAI:Warga SMPKVSA, pelajar Rabbani (tengah) bersemangat waja,mewakili rumah merah dan akmal (kanan) petugas PBSM. __________________________________________________________
SANTAI DI AKHIR AKTIVITI:Guru bertugas, En.Padil (kiri) dan petugas aktiviti En. Najmi (kanan) melepaskan lelah disudut rehat lokasi pemerosesan kopi di Taman Pertanian. __________________________________________________________
AKSI MARSHALL:Dua orang guru smpkvsa En.Norshahril(kiri) dan En.Azlizan disudut parker beroperasi menjaga keselamatan para pelajar dan guru-guru SMPKVSA. __________________________________________________________
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Masa : 8.00 am - 12.45 pm
PERJALANAN PELAJAR SMPKVSA:Suasa di denai berturap di lokasi sebenar Taman Bukit Cahaya Seri Alam, menuju ke checkpoint tetapan para pegawai bertugas Road Run 2010. __________________________________________________________ IRINGAN PERJALANAN GURU SMPKVSA:Suasa di denai berturap di lokasi sebenar Taman Bukit Cahaya Seri Alam, menuju ke checkpoint tetapan para pegawai bertugas Road Run 2010. __________________________________________________________
GANGGUAN BERUK:Guru bertugas, En. Mohd Fauzi Isa memberi amaran kepada pelajar dan guru agar berhati-hati dengan flora dan fauna yang ada disekitar Taman. __________________________________________________________
AKSI PELAJAR PUTERI SMPKVSA:Pelajar bersemangat waja, mewakili rumah sukan masing-masing santai diruang informasi di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. __________________________________________________________
PETA DAN LOKASI SEBENAR:Sebahagian pelajar mengambil peluang mencari dan meneliti peta lokasi Road Run 2010 yang dipaparkan dibatu kenyataan di tengah taman. __________________________________________________________ INFORMAS DAN KETETAPAN:En. Norizam (kanan), Cik Tung (Tengah) dan En.Mubin (kiri) menampat dengan dawai kokot petunjuk "checkpoint" untuk memudahkan aktiviti Road Run 2010. __________________________________________________________
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Masa : 8.00 am - 12.45 pm
SIAP SEDIA SEAWAL AKTIVITI:Cik Noratna(kiri) dan En.Mohd Firdaus (kanan) membincangkan sesuatu untuk program Road Run 2010 bagi mengelak sebarang masalah dan kecederaan. __________________________________________________________
PENGUMUMAN:Kelihatan En.Sabar (Kanan) dan En.Mohd Fauzi memberi taklimat umum kepada para peserta agar semua berhati-hati dan menjaga keselamatan diri, flora dan fauna. __________________________________________________________
BERSATU:Sebahagian daripada guru bertugas termasuk marshall bermotosikal menjalankan tugas dan menjaga keamanan dan keselamatan aktiviti Road Run 2010. __________________________________________________________ DERAP LANGKAH:En.Abu Talib (berbaju jingga) dan para pelajar bersemangat waja,bersama-sama menyusuri denai dan jalan raya untuk mengenalpasti lokasi sebenar Road Run 2010. __________________________________________________________
RAFAK SYUKUR:Ustaz Norizam Md.Ali mengetuai bacaan doa dan kesyukuran sebelum memulakan acara mengenalpasti perjalanan Road Run 2010. __________________________________________________________
SEMANGAT KESUKANAN DAN USAHA JAYA:Sebahagian daripada peserta Road Run 2010 mengenalpasti susur, perjalanan sekitar Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. __________________________________________________________
Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam,Shah Alam Selangor.
Masa : 8.00 am - 12.45 am
RUANG MASUK TAMAN PERTANIAN:Suasa seawal jam 8.30 pagi di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. __________________________________________________________
KESELAMATAN:Kelihatan Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah disini van ambulan St. Johns bersedia menjaga keselamatan pada pelajar dan warga SMPKVSA. __________________________________________________________
BERTUGAS DENGAN GIGIH:Sebahagian daripada warga pendidik dan staf sokongan bersama bekalan makanan diawal aktiviti sebelum pertandingan dimulakan. __________________________________________________________
PENGANGKUTAN DARAT KE LOKASI ROAD RUN 2010:Pelajar bersemangat Waja, bangga menunjukkan pengangkutan yang sesuai untuk warga smpkvsa.. __________________________________________________________
SEDIA SANG JUARA:Paparan kaki dan sepatu sukan penuh warna warni untuk keselesaan para peserta Road Run di Taman Bukit Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam, Shah Alam Selangor.. __________________________________________________________
AKTIVITI REGANGAN:Sinonim dengan larian jalan kaki, aktiviti regangan dan senaman ringkas mampu mengurangkan kesakitan dan kecederaan pada peserta. __________________________________________________________
SWEET:Cikgu Anita Wong memperkenalkan perkataan 'SWEET'. __________________________________________________________ PEMERHATIAN:Beberapa orang guru membuat pemerhatian terhadap program yang dijalankan. __________________________________________________________ PEMBELAJARAN:Dua pelajar masalah pembelajaran menyebut perkataan 'Bitter'. __________________________________________________________
RASA:Pelajar cuba mengalami sendiri rasa beberapa jenis makanan sambil diperhatikan guru. __________________________________________________________ MANA:Cikgu Anita Wong meminta pelajar menunjukkan yang mana rasa bagi makanan yang telah dicuba oleh pelajar tadi. __________________________________________________________ TAMAT:Cikgu Anita Wong mengakhiri program ini dengan jayanya. __________________________________________________________
PENGENALAN:Tajuk Solid Geometry diperkenalkan dalam Program A Word A Day. __________________________________________________________ BAHASA ISYARAT:Cikgu Norsiah Abd Musim memperkenalkan tajuk dengan menggunakan bahasa isyarat. __________________________________________________________ PERSEDIAAN:Guru-guru pelatih dari UKM turut bersedia dan memberi sokongan bagi menjayakan program ini. __________________________________________________________ PEMBELAJARAN:Pelajar-pelajar sedang membuat isyarat bagi perkataan 'Cylinder'. __________________________________________________________ PERHATIAN:Semua pelajar memberi perhatian terhadap beberapa orang kawan yang membuat isyarat bagi perkataan 'Cone' di atas pentas. __________________________________________________________ FOKUS:Beberapa orang guru turut memberi perhatian dan mencuba bahasa isyarat yang diperkenalkan. __________________________________________________________
PEMASANGAN:Cikgu Alizawani dan Cikgu Ang Gek Saw Sedang sibuk membuka komputer riba. __________________________________________________________ TAJUK:Pecahan (Fractions)diperkenalkan dalam aktiviti PPSMI. __________________________________________________________ PENERANGAN:Cikgu Ang Gek Saw sedang memberi penerangan. __________________________________________________________ ABC:Cikgu Ang Gek Saw memperkenalkan perkataan-perkataan baru dengan mengunakan bahasa isyarat. __________________________________________________________
PEMERHATIAN:Pelajar-pelajar tekun memberi perhatian semasa guru mengajar. __________________________________________________________ PEMERHATIAN:En.Jalaluddin Yusof, pengetua SMPKVSA, Cik Anita Wong, ketua Panatia B.Inggeris dan Pn. Loo Huck Huang, Penolong Kanan Pentabiran turut menyertai aktiviti ini. __________________________________________________________
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), Shah Alam, Selangor adalah satu daripada empat buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Blog ini dibina adalah untuk memudahkan komunikasi antara guru,staff sokongan dan orang luar yang ingin bertanya atau ingin mengetahui tentang SMPKV.