Masa : 7.30 am - 10.30 am BERDIRI:Semua pelajar dan guru berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Semangat Koperasi diiringi video klip ketiga-tiga lagu tersebut. __________________________________________________________
BERDOA:Ust. Azman Ishak sedang memimpin bacaan doa untuk memohon agar majlis perasmian ini diberkati dan di redhainya. __________________________________________________________
PERUTUSAN 1:En. Abdul Mubin Osman, sedang membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia sambil dibantu oleh En. Sabar Katemon sebagai penterjemahaan bahasa isyarat. __________________________________________________________
PERUTUSAN 2:Cik Lily Hartini Saparuddin sedang membacakan perutusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sambil dibantu oleh En. Sabar Katemon. __________________________________________________________
PERUTUSAN 3:Cik Salehah Deraman sedang membacakan perutusan Presiden ANGKASA, sambil dibantu oleh Pn. Zauwiah Taib sebagai penterjemah bahasa isyarat. __________________________________________________________
UCAPAN PERASMIAN:En.Jalaluddin Yusof, pengerusi Koperasi Sekolah merasmikan majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011 sambil dibantu oleh Pn. Zauwiah Taib sebagai penterjemah bahasa Isyarat. __________________________________________________________
BANYAK MEMBELI:En. Jalaluddin Yusof merangkap pengurusi koperasi menyampaikan anugerah pelanggan paling banyak membeli kepada pelajar Yee Wai Fatt dari tingkatan 4. __________________________________________________________
KOPERATOR TERBAIK:En.Jalaluddin Yusof menyampaikan anugerah Koperator terbaik kepada Akmar Rashad Ainul Azhar dari tingkatan 5. __________________________________________________________
SAHAM TERBANYAK:Pn. Sharmela Md.Nayan menerima Anugerah Saham Terbanyak yang mana sahamnya berjumlah RM1210.00. __________________________________________________________
MANTAN ALK:En. Jalaluddin Yusof menyampaikan Anugerah Mantan ALK 2009/2010 kepada En.Ahmad Zaim Faisal Muhammad dan 7 orang guru-guru yang lain. __________________________________________________________
PLAK PERASMIAN:Rekabentuk plak perasmian yang digunakan dalam upacara perasmian pembinaan Laman Anggerik yang bertempat di tepi Dewan Besar SMPKVSA. __________________________________________________________
TANDATANGAN:Pengurusi menandatangani plak perasmian Laman Anggerik sambil diperhatikan En. Mohd Zhailani Johari Pengarah Urusan Mozani Trading & Construction Sdn Bhd. __________________________________________________________
Thursday, May 12, 2011
Perkara :1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Pusat Sukan dan sekitar SMPKVSA
Masa : 7.30 pm - 2.00 pm PENDAFTARAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:Kelihatan Cikgu Asmahani (kanan) dan Cikgu Norlaila ceria bertugas di meja pendaftaran utama bertapak di Dewan SMPKVSA. __________________________________________________________
SATU MALAYSIA:Paparan di televisyen dan beberapa layar putih menunjukkan Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin memulakan acara 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh Negara Malaysia. __________________________________________________________
LAGU 1 MURID 1 SUKAN:Barisan guru-guru bersama-sama menyampaikan lagu 1 Murid 1 Sukan untuk menyemarakan lagi dunia sukan di sekolah, Negara dan seantro dunia. __________________________________________________________ RAFA' DOA MOHON KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT: Bersama-sama meminta semua aktiviti hari ini dirahmati dan direstui oleh Ilahi Rabbi, Tuhan Maha Agung. __________________________________________________________
SEMANGAT KESUKANAN DAN PELAJAR 1 MALAYSIA:Aktiviti regangan dan memanaskan badan di Dewan Besar SMPKVSA. __________________________________________________________
SEMANGAT KENTAL DAN JIWA YANG KUAT, GIGIH UNTUK GAGAH: Sebahagian daripada guru-guru lelaki tak ketinggalan untuk aktiviti regangan dan maklumat awal sebelum sukan dimulakan. __________________________________________________________
BERSAMA-SAMA MULAKAN ACARA 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA: Kelihatan Pengetua SMPKVSA (kanan) memegang alatan suara dan bendera bagi memulakan acara yang gilang gemilang. __________________________________________________________
SMPKVSA DAN SUKAN, SUATU YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN: Acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia mampu memupuk semangat kekitaan dan kesukanan dikalangan semua warga SMPKVSA. __________________________________________________________
AKTIVITI SUKAN 1 MALAYSIA MEMUPUK KEKITAAN DAN KESUKANAN DI KALANGAN WARGA SMPKVSA:Aktiviti Paparan gambar menunjukkan suatu gambaran dan keserasian menunjukkan semua warga pendidik, staf sokongan dan juga para pelajar bersama-sama berlari bagi menyempurnakan dan menyokong idea gemilang pemimpin terbilang. __________________________________________________________
TITIK AKHIR AKTIVITI GEMILANG DUNIA SUKAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:Kelihatan para pelajar dalam keadaan letih dan penat namun keceriaan tergambar tanda puas hati menyudahkan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama-sama. __________________________________________________________
SEMANGAT SUKAN ADA DIMANA-MANA:Kelihatan Ameer, (Kanan) Pelajar tingkatan 4 Jurubatik Lukis SMPKVSA aktif dalam acara di padang sekolah, sempena menjayakan 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. __________________________________________________________
GAMBARAN DAN IMAGINASI SUKAN DAN KEUNGGULAN SEMANGAT KEKITAAN ANTARA GURU, STAF SOKONGAN DAN PELAJAR: Beginilah suasana sukan di SMPKVSA. __________________________________________________________
PELAJAR DAN GURU DALAM SUKAN 1 MALAYSIA:Semua yang ada di sekolah, bersama-sama menjayakan hari bersejarah ini menyokong tradisi sukan dan permainan di peringkat sekolah dan antarabangsa. __________________________________________________________
AKTIVITI GURU DI GELANGGANG BOLA TAMPAR TANDA MENYOKONG PADU 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:Semua Guru, Staf Sokongan serta pelajar bersama-sama memupuk jiwa unggul menjayakan sesuatu aktiviti dan program kesukanan yang unik dan julung-julung kali diadakan di Malaysia. __________________________________________________________
Perkara :AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut sisi tangga blok Pentadbiran SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm KERJASAMA SESAMA AHLI KELAB RUKUN NEGARA:Para Pelajar Tingkatan 4 dan 5 bersama-sama menjayakan lukisan mural di sudut sisi tangga di blok pentadbiran SMPKVSA. __________________________________________________________
GAMBARAN DAN IMAGINASI:Paparan contoh dan gambaran idea sebagai asas penyediaan mural bagi ahli Kelab Rukun Negara SMPKVSA. __________________________________________________________
SENI LUKIS DAN ASAS SENI BERGABUNG TENAGA:Secalit warna sedikit akan memberi impak dan maksud yang besar mendorong warga SMPKVSA menyemai nilai perpaduan sejagat. __________________________________________________________
AHLI KELAB RUKUN NEGARA BERGABUNG:Harapan semua agar nukilan rasa dan idea mural ini akan membuahkan hasil yang memberasangkan dan membanggakan warga SMPKVSA. __________________________________________________________
IDEA BERSAMA GURU PENASIHAT DAN AHLI KELAB:Proses melakar, melukis dan mewarna perlukan kesabaran dan imaginasi yang tinggi untuk hasil yang cantik dan kemas. __________________________________________________________
SUDUT PAPARAN KELAB RUKUN NEGARA:Informasi berkaitan kelab dan informasi asas berkaitan Malaysia secara am dan nilai-nilai murni yang wajar ada dalam diri warga Malaysia. __________________________________________________________
Perkara :AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM 2011
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut Sisi Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN:Sebahagian daripada guru- guru, Kelab Pencinta Alam berkumpul bersama-sama pelajar dalam sesi taklimat berkaitan penyediaan batas tanaman dan tanaman pertanian. __________________________________________________________
AKTIVITI DAN GURU PENASIHAT:Pn Alizawani Saat bersama-sama berganding bahu menyediakan batas tanah dan mengembur batas tanah untuk proses awal pertanian. __________________________________________________________
BERBUDI KEPADA TANAH:Tanah adalah sumber asli dan sumber kehidupan, lambang kehidupan dimuka bumi dan kuasa pencinta Alam Semesta, yang tiada tolok bandingnya. __________________________________________________________
KELAB PENCINTA ALAM BERGABUNG TENAGA:Harapan semua agak batasan dan tanaman pertanian akan membuahkan hasil yang memberangsangkan dan membanggakan warga SMPKVSA. __________________________________________________________
AKTIVITI MEMBINA BATAS ASAS TANAMAN PERTANIAN: Semua ahli pencinta Alam, bersama-sama bertugas membina batas untuk kesempurnaan pertanian. __________________________________________________________
HASIL BINAAN BATAS DAN TANAMAN ASAS:Berbudi kepada tanah, berbakti kepada sekolah dan berkerjasama sesama rakan dan guru mampu mengajar warga SMPKV erti berdikari. __________________________________________________________
Wednesday, May 11, 2011
Perkara :AKTIVITI KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM 2011
Tarikh : 3 May 2011 (Selasa)
Tempat : Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm
KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN:Sebahagian daripada guru-guru Kelab kebudayaan dan kesenian bergabung tenaga menyediakan peralatan dan keperluan pertandingan Buku Skrap Kebudayaan. __________________________________________________________
PERALATAN DAN ASAS BUKU SKRAP:Pensel warna, Gam, Gunting, kertas berjilid sesikat adalah barangan asas penyediaan buku skrap khas untuk setiap kumpulan pelajar. __________________________________________________________
SUMBER ILMU UNTUK CARIAN INFORMASI SENI:Surat Khabar lama adalah sumber penting dapatan gambar dan informasi untuk menyediakan Buku Skrap Kesenian dan Kebudayaan. __________________________________________________________
TELITI DAN PRIHATIN:Pn. Hasni Zainu (kiri) bersama-sama pelajar Kumpulan Senitari mencari informasi dan gambar yang sesuai untuk kegunaan Buku Skrap Kesenian dan Kebudayaan. __________________________________________________________
PENERANGAN ASAS GURU NASIHAT:Cik Nurhayati Abu Jamil (kiri) menyampaikan informasi dan panduan sebelum memulakan sesi penyediaan bahan untuk buku Skrap bertopik . __________________________________________________________
MULAKAN AKTIVITI DENGAN KECERIAN:Pn.Suzielia Baharum (kanan) mengetahui kumpulan unit kecantikan memulakan aktiviti bersama para pelajar dengan melukis dan menggunting gambar dan informasi. __________________________________________________________
Tuesday, May 3, 2011
Perkara :TAYANGAN FILEM SEJARAH (SARJAN HASSAN)
Tarikh : 8 Mac 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 4.30 pm COVER:Cover CD Filem Sarjan Hassan yang telah ditayangkan sempena memperingati perjuangan tokoh negara yang banyak berbakti memperhatikan negara daripada dijajah. __________________________________________________________
KHUSYUK: Pelajar lelaki kelihatan begitu khusyuk melihat paparan skrin kerana ingin menghayati jalan cerita filem bersejarah Sarjan Hassan. __________________________________________________________
TUGASAN: Pelajar-pelajar lelaki sedang memikirkan jawapan yang tepat bagi tugasan yang diberikan dimana mereka perlu mengikuti cerita dari awal hingga tamat tayangan. __________________________________________________________
BERSORAK:Pelajar-pelajar lelaki kelihatan bangun bersorak tanda menyokong pihak yang menang iaitu british dan orang melayu. Manakala orang jepun telah berundur dari Tanah Melayu. __________________________________________________________
BERBINCANG:Cik Salehah memanggil Muhaimin dan Mohd Amirul untuk membacakan jawapan yang dijawab oleh mereka. Jawapan sebenar diumumkan selepas itu. __________________________________________________________
PENGHARGAAN:Cik Salehah sedang memberikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program PSK ini dengan jayanya. __________________________________________________________
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), Shah Alam, Selangor adalah satu daripada empat buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Blog ini dibina adalah untuk memudahkan komunikasi antara guru,staff sokongan dan orang luar yang ingin bertanya atau ingin mengetahui tentang SMPKV.