Monday, July 11, 2011

Perkara : HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2011
Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan Besar SMPKVSA
Masa : 7.30 am - 10.30 am



GALI LUBANG: En. Mohd Zhailani Johari, Pengarah Urusan
Mozani Trading & Construction Sdn Bhd sedang menggali
lubang untuk menanam anggerik bersama pengurusi.
__________________________________________________________



MENYIRAM: En. Jalaluddin Yusof dan En. Mohd Zhailani Johari
bersama-sama menyiram pokok anggerik setelah pokok
tersebut diletakkan baja dan sabut di sekelilingnya
__________________________________________________________



KERJASAMA: Pn.Maslina Ahad dan pelajar-pelajar kumpulannya
berkerjasama menggali lubang, seterusnya menanam dan
mengikat pokok anggerik pada kayu yang telah dipacak.
__________________________________________________________



SIAP: En. Abd Jalil Tohara sedang menyiram pokok anggerik
sambil diperhatikan oleh En. Mohd Fauzi Isa dan pelajar-
pelajar kumpulan mereka.
__________________________________________________________



SELAK PAYA: En. Mohd Zaim Faisal Mohammad sedang
memasukkan pokok Selak Paya ke dalam lubang yang telah
digali sambil dibantu En. Norshahril Abdul Hamid .
__________________________________________________________



BERGAMBAR: Pn. Rohatul Bani, Pn. Norlina Mohd Rais dan
Pravina a/p Shandran (bermula dari kiri dan berbaju hitam)
sempat bergambar bersama pelajar-pelajar kumpulan mereka.
__________________________________________________________

Tuesday, May 17, 2011

Perkara : HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2011
Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan Besar SMPKVSA
Masa : 7.30 am - 10.30 am



BERDIRI:
Semua pelajar dan guru berdiri sambil menyanyikan
lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Semangat Koperasi
diiringi video klip ketiga-tiga lagu tersebut.
__________________________________________________________



BERDOA:
Ust. Azman Ishak sedang memimpin bacaan doa
untuk memohon agar majlis perasmian ini diberkati dan
di redhainya.
__________________________________________________________



PERUTUSAN 1:
En. Abdul Mubin Osman, sedang membacakan
perutusan Menteri Pelajaran Malaysia sambil dibantu oleh
En. Sabar Katemon sebagai penterjemahaan bahasa isyarat.
__________________________________________________________



PERUTUSAN 2:
Cik Lily Hartini Saparuddin sedang membacakan
perutusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan sambil dibantu oleh En. Sabar Katemon.
__________________________________________________________



PERUTUSAN 3:
Cik Salehah Deraman sedang membacakan
perutusan Presiden ANGKASA, sambil dibantu oleh
Pn. Zauwiah Taib sebagai penterjemah bahasa isyarat.
__________________________________________________________



UCAPAN PERASMIAN:
En.Jalaluddin Yusof, pengerusi Koperasi
Sekolah merasmikan majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011
sambil dibantu oleh Pn. Zauwiah Taib sebagai penterjemah
bahasa Isyarat.
__________________________________________________________



BANYAK MEMBELI: En. Jalaluddin Yusof merangkap pengurusi
koperasi menyampaikan anugerah pelanggan paling banyak
membeli kepada pelajar Yee Wai Fatt dari tingkatan 4.
__________________________________________________________



KOPERATOR TERBAIK: En.Jalaluddin Yusof menyampaikan
anugerah Koperator terbaik kepada Akmar Rashad Ainul Azhar
dari tingkatan 5.
__________________________________________________________



SAHAM TERBANYAK: Pn. Sharmela Md.Nayan menerima
Anugerah Saham Terbanyak yang mana sahamnya berjumlah
RM1210.00.
__________________________________________________________



MANTAN ALK: En. Jalaluddin Yusof menyampaikan Anugerah
Mantan ALK 2009/2010 kepada En.Ahmad Zaim Faisal
Muhammad dan 7 orang guru-guru yang lain.
__________________________________________________________



PLAK PERASMIAN
: Rekabentuk plak perasmian yang digunakan
dalam upacara perasmian pembinaan Laman Anggerik yang
bertempat di tepi Dewan Besar SMPKVSA.
__________________________________________________________



TANDATANGAN: Pengurusi menandatangani plak perasmian
Laman Anggerik sambil diperhatikan En. Mohd Zhailani Johari
Pengarah Urusan Mozani Trading & Construction Sdn Bhd.
__________________________________________________________

Thursday, May 12, 2011

Perkara : 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Pusat Sukan dan sekitar SMPKVSA
Masa : 7.30 pm - 2.00 pm



PENDAFTARAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan
Cikgu Asmahani (kanan) dan Cikgu Norlaila ceria bertugas
di meja pendaftaran utama bertapak di Dewan SMPKVSA.
__________________________________________________________



SATU MALAYSIA:
Paparan di televisyen dan beberapa layar
putih menunjukkan Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin memulakan
acara 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh
Negara Malaysia.
__________________________________________________________



LAGU 1 MURID 1 SUKAN:
Barisan guru-guru bersama-sama
menyampaikan lagu 1 Murid 1 Sukan untuk menyemarakan
lagi dunia sukan di sekolah, Negara dan seantro dunia.
__________________________________________________________



RAFA' DOA MOHON KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT:

Bersama-sama meminta semua aktiviti hari ini dirahmati
dan direstui oleh Ilahi Rabbi, Tuhan Maha Agung.
__________________________________________________________


SEMANGAT KESUKANAN DAN PELAJAR 1 MALAYSIA: Aktiviti
regangan dan memanaskan badan di Dewan Besar SMPKVSA.
__________________________________________________________


SEMANGAT KENTAL DAN JIWA YANG KUAT, GIGIH UNTUK GAGAH:
Sebahagian daripada guru-guru lelaki tak ketinggalan untuk
aktiviti regangan dan maklumat awal sebelum sukan
dimulakan.
__________________________________________________________


BERSAMA-SAMA MULAKAN ACARA 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan Pengetua SMPKVSA (kanan) memegang alatan
suara dan bendera bagi memulakan acara yang gilang gemilang.
__________________________________________________________


SMPKVSA DAN SUKAN, SUATU YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN:
Acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia mampu memupuk
semangat kekitaan dan kesukanan dikalangan semua warga
SMPKVSA.
__________________________________________________________





AKTIVITI SUKAN 1 MALAYSIA MEMUPUK KEKITAAN DAN KESUKANAN
DI KALANGAN WARGA SMPKVSA
: Aktiviti
Paparan gambar menunjukkan suatu gambaran dan keserasian
menunjukkan semua warga pendidik, staf sokongan dan juga
para pelajar bersama-sama berlari bagi menyempurnakan
dan menyokong idea gemilang pemimpin terbilang.
__________________________________________________________





TITIK AKHIR AKTIVITI GEMILANG DUNIA SUKAN 1 MURID
1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan para pelajar dalam keadaan letih
dan penat namun keceriaan tergambar tanda puas hati
menyudahkan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama-sama.
__________________________________________________________



SEMANGAT SUKAN ADA DIMANA-MANA: Kelihatan Ameer, (Kanan)
Pelajar tingkatan 4 Jurubatik Lukis SMPKVSA aktif dalam acara
di padang sekolah, sempena menjayakan 1 Murid 1 Sukan
1 Malaysia.
__________________________________________________________



GAMBARAN DAN IMAGINASI SUKAN DAN KEUNGGULAN SEMANGAT
KEKITAAN ANTARA GURU, STAF SOKONGAN DAN PELAJAR
:
Beginilah suasana sukan di SMPKVSA.
__________________________________________________________


PELAJAR DAN GURU DALAM SUKAN 1 MALAYSIA: Semua yang
ada di sekolah, bersama-sama menjayakan hari bersejarah
ini menyokong tradisi sukan dan permainan di peringkat
sekolah dan antarabangsa.
__________________________________________________________





AKTIVITI GURU DI GELANGGANG BOLA TAMPAR TANDA MENYOKONG
PADU 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Semua Guru, Staf Sokongan serta
pelajar bersama-sama memupuk jiwa unggul menjayakan sesuatu
aktiviti dan program kesukanan yang unik dan julung-julung kali
diadakan di Malaysia.
__________________________________________________________
Perkara : AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut sisi tangga blok Pentadbiran SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm



KERJASAMA SESAMA AHLI KELAB RUKUN NEGARA:
Para Pelajar
Tingkatan 4 dan 5 bersama-sama menjayakan lukisan mural
di sudut sisi tangga di blok pentadbiran SMPKVSA.
__________________________________________________________



GAMBARAN DAN IMAGINASI:
Paparan contoh dan gambaran
idea sebagai asas penyediaan mural bagi ahli Kelab Rukun
Negara SMPKVSA.
__________________________________________________________



SENI LUKIS DAN ASAS SENI BERGABUNG TENAGA:
Secalit warna
sedikit akan memberi impak dan maksud yang besar
mendorong warga SMPKVSA menyemai nilai perpaduan
sejagat.
__________________________________________________________



AHLI KELAB RUKUN NEGARA BERGABUNG:
Harapan semua
agar nukilan rasa dan idea mural ini akan membuahkan hasil
yang memberasangkan dan membanggakan warga SMPKVSA.
__________________________________________________________



IDEA BERSAMA GURU PENASIHAT DAN AHLI KELAB:
Proses melakar,
melukis dan mewarna perlukan kesabaran dan imaginasi
yang tinggi untuk hasil yang cantik dan kemas.
__________________________________________________________



SUDUT PAPARAN KELAB RUKUN NEGARA:
Informasi berkaitan
kelab dan informasi asas berkaitan Malaysia secara am
dan nilai-nilai murni yang wajar ada dalam diri warga Malaysia.
__________________________________________________________
Perkara : AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM 2011
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut Sisi Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm



KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN:
Sebahagian daripada guru-
guru, Kelab Pencinta Alam berkumpul bersama-sama pelajar
dalam sesi taklimat berkaitan penyediaan batas tanaman
dan tanaman pertanian.
__________________________________________________________



AKTIVITI DAN GURU PENASIHAT:
Pn Alizawani Saat bersama-sama
berganding bahu menyediakan batas tanah dan mengembur
batas tanah untuk proses awal pertanian.
__________________________________________________________



BERBUDI KEPADA TANAH:
Tanah adalah sumber asli dan sumber
kehidupan, lambang kehidupan dimuka bumi dan kuasa
pencinta Alam Semesta, yang tiada tolok bandingnya.
__________________________________________________________



KELAB PENCINTA ALAM BERGABUNG TENAGA:
Harapan semua
agak batasan dan tanaman pertanian akan membuahkan hasil
yang memberangsangkan dan membanggakan warga SMPKVSA.
__________________________________________________________



AKTIVITI MEMBINA BATAS ASAS TANAMAN PERTANIAN:

Semua ahli pencinta Alam, bersama-sama bertugas membina
batas untuk kesempurnaan pertanian.
__________________________________________________________



HASIL BINAAN BATAS DAN TANAMAN ASAS:
Berbudi kepada
tanah, berbakti kepada sekolah dan berkerjasama sesama
rakan dan guru mampu mengajar warga SMPKV erti berdikari.
__________________________________________________________

Wednesday, May 11, 2011

Perkara : AKTIVITI KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SEMPENA KARNIVAL
KOKURIKULUM 2011
Tarikh : 3 May 2011 (Selasa)
Tempat : Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm



KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN: Sebahagian daripada guru-guru
Kelab kebudayaan dan kesenian bergabung tenaga menyediakan
peralatan dan keperluan pertandingan Buku Skrap Kebudayaan
.
__________________________________________________________



PERALATAN DAN ASAS BUKU SKRAP: Pensel warna, Gam,
Gunting, kertas berjilid sesikat adalah barangan asas
penyediaan buku skrap khas untuk setiap kumpulan pelajar.
__________________________________________________________



SUMBER ILMU UNTUK CARIAN INFORMASI SENI: Surat Khabar
lama adalah sumber penting dapatan gambar dan informasi
untuk menyediakan Buku Skrap Kesenian dan Kebudayaan.
__________________________________________________________



TELITI DAN PRIHATIN:
Pn. Hasni Zainu (kiri) bersama-sama
pelajar Kumpulan Senitari mencari informasi dan gambar
yang sesuai untuk kegunaan Buku Skrap Kesenian dan
Kebudayaan.
__________________________________________________________




PENERANGAN ASAS GURU NASIHAT: Cik Nurhayati Abu Jamil
(kiri) menyampaikan informasi dan panduan sebelum
memulakan sesi penyediaan bahan untuk buku Skrap bertopik .
__________________________________________________________




MULAKAN AKTIVITI DENGAN KECERIAN:
Pn.Suzielia Baharum
(kanan) mengetahui kumpulan unit kecantikan memulakan
aktiviti bersama para pelajar dengan melukis dan menggunting
gambar dan informasi.
__________________________________________________________