skip to main |
skip to sidebar
Perkara : HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2011
Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan Besar SMPKVSA
Masa : 7.30 am - 10.30 am
GALI LUBANG: En. Mohd Zhailani Johari, Pengarah Urusan
Mozani Trading & Construction Sdn Bhd sedang menggali
lubang untuk menanam anggerik bersama pengurusi.
__________________________________________________________
MENYIRAM: En. Jalaluddin Yusof dan En. Mohd Zhailani Johari
bersama-sama menyiram pokok anggerik setelah pokok
tersebut diletakkan baja dan sabut di sekelilingnya
__________________________________________________________
KERJASAMA: Pn.Maslina Ahad dan pelajar-pelajar kumpulannya
berkerjasama menggali lubang, seterusnya menanam dan
mengikat pokok anggerik pada kayu yang telah dipacak.
__________________________________________________________
SIAP: En. Abd Jalil Tohara sedang menyiram pokok anggerik
sambil diperhatikan oleh En. Mohd Fauzi Isa dan pelajar-
pelajar kumpulan mereka.
__________________________________________________________
SELAK PAYA: En. Mohd Zaim Faisal Mohammad sedang
memasukkan pokok Selak Paya ke dalam lubang yang telah
digali sambil dibantu En. Norshahril Abdul Hamid .
__________________________________________________________
BERGAMBAR: Pn. Rohatul Bani, Pn. Norlina Mohd Rais dan
Pravina a/p Shandran (bermula dari kiri dan berbaju hitam)
sempat bergambar bersama pelajar-pelajar kumpulan mereka.
__________________________________________________________
Perkara : 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Pusat Sukan dan sekitar SMPKVSA
Masa : 7.30 pm - 2.00 pm
PENDAFTARAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA: Kelihatan
Cikgu Asmahani (kanan) dan Cikgu Norlaila ceria bertugas
di meja pendaftaran utama bertapak di Dewan SMPKVSA.
__________________________________________________________
SATU MALAYSIA: Paparan di televisyen dan beberapa layar
putih menunjukkan Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin memulakan
acara 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh
Negara Malaysia.
__________________________________________________________
LAGU 1 MURID 1 SUKAN: Barisan guru-guru bersama-sama
menyampaikan lagu 1 Murid 1 Sukan untuk menyemarakan
lagi dunia sukan di sekolah, Negara dan seantro dunia.
__________________________________________________________
RAFA' DOA MOHON KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT:
Bersama-sama meminta semua aktiviti hari ini dirahmati
dan direstui oleh Ilahi Rabbi, Tuhan Maha Agung.
__________________________________________________________
SEMANGAT KESUKANAN DAN PELAJAR 1 MALAYSIA: Aktiviti
regangan dan memanaskan badan di Dewan Besar SMPKVSA.
__________________________________________________________
SEMANGAT KENTAL DAN JIWA YANG KUAT, GIGIH UNTUK GAGAH:
Sebahagian daripada guru-guru lelaki tak ketinggalan untuk
aktiviti regangan dan maklumat awal sebelum sukan
dimulakan.
__________________________________________________________
BERSAMA-SAMA MULAKAN ACARA 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan Pengetua SMPKVSA (kanan) memegang alatan
suara dan bendera bagi memulakan acara yang gilang gemilang.
__________________________________________________________
SMPKVSA DAN SUKAN, SUATU YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN:
Acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia mampu memupuk
semangat kekitaan dan kesukanan dikalangan semua warga
SMPKVSA.
__________________________________________________________
AKTIVITI SUKAN 1 MALAYSIA MEMUPUK KEKITAAN DAN KESUKANAN
DI KALANGAN WARGA SMPKVSA: Aktiviti
Paparan gambar menunjukkan suatu gambaran dan keserasian
menunjukkan semua warga pendidik, staf sokongan dan juga
para pelajar bersama-sama berlari bagi menyempurnakan
dan menyokong idea gemilang pemimpin terbilang.
__________________________________________________________
TITIK AKHIR AKTIVITI GEMILANG DUNIA SUKAN 1 MURID
1 SUKAN 1 MALAYSIA: Kelihatan para pelajar dalam keadaan letih
dan penat namun keceriaan tergambar tanda puas hati
menyudahkan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama-sama.
__________________________________________________________
SEMANGAT SUKAN ADA DIMANA-MANA: Kelihatan Ameer, (Kanan)
Pelajar tingkatan 4 Jurubatik Lukis SMPKVSA aktif dalam acara
di padang sekolah, sempena menjayakan 1 Murid 1 Sukan
1 Malaysia.
__________________________________________________________
GAMBARAN DAN IMAGINASI SUKAN DAN KEUNGGULAN SEMANGAT
KEKITAAN ANTARA GURU, STAF SOKONGAN DAN PELAJAR:
Beginilah suasana sukan di SMPKVSA.
__________________________________________________________
PELAJAR DAN GURU DALAM SUKAN 1 MALAYSIA: Semua yang
ada di sekolah, bersama-sama menjayakan hari bersejarah
ini menyokong tradisi sukan dan permainan di peringkat
sekolah dan antarabangsa.
__________________________________________________________
AKTIVITI GURU DI GELANGGANG BOLA TAMPAR TANDA MENYOKONG
PADU 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA: Semua Guru, Staf Sokongan serta
pelajar bersama-sama memupuk jiwa unggul menjayakan sesuatu
aktiviti dan program kesukanan yang unik dan julung-julung kali
diadakan di Malaysia.
__________________________________________________________
Perkara : AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut sisi tangga blok Pentadbiran SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm
KERJASAMA SESAMA AHLI KELAB RUKUN NEGARA: Para Pelajar
Tingkatan 4 dan 5 bersama-sama menjayakan lukisan mural
di sudut sisi tangga di blok pentadbiran SMPKVSA.
__________________________________________________________
GAMBARAN DAN IMAGINASI: Paparan contoh dan gambaran
idea sebagai asas penyediaan mural bagi ahli Kelab Rukun
Negara SMPKVSA.
__________________________________________________________
SENI LUKIS DAN ASAS SENI BERGABUNG TENAGA: Secalit warna
sedikit akan memberi impak dan maksud yang besar
mendorong warga SMPKVSA menyemai nilai perpaduan
sejagat.
__________________________________________________________
AHLI KELAB RUKUN NEGARA BERGABUNG: Harapan semua
agar nukilan rasa dan idea mural ini akan membuahkan hasil
yang memberasangkan dan membanggakan warga SMPKVSA.
__________________________________________________________
IDEA BERSAMA GURU PENASIHAT DAN AHLI KELAB: Proses melakar,
melukis dan mewarna perlukan kesabaran dan imaginasi
yang tinggi untuk hasil yang cantik dan kemas.
__________________________________________________________
SUDUT PAPARAN KELAB RUKUN NEGARA: Informasi berkaitan
kelab dan informasi asas berkaitan Malaysia secara am
dan nilai-nilai murni yang wajar ada dalam diri warga Malaysia.
__________________________________________________________
Perkara : AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM 2011
Tarikh : 4 May 2011 (Rabu)
Tempat : Sudut Sisi Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm
KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN: Sebahagian daripada guru-
guru, Kelab Pencinta Alam berkumpul bersama-sama pelajar
dalam sesi taklimat berkaitan penyediaan batas tanaman
dan tanaman pertanian.
__________________________________________________________
AKTIVITI DAN GURU PENASIHAT: Pn Alizawani Saat bersama-sama
berganding bahu menyediakan batas tanah dan mengembur
batas tanah untuk proses awal pertanian.
__________________________________________________________
BERBUDI KEPADA TANAH: Tanah adalah sumber asli dan sumber
kehidupan, lambang kehidupan dimuka bumi dan kuasa
pencinta Alam Semesta, yang tiada tolok bandingnya.
__________________________________________________________
KELAB PENCINTA ALAM BERGABUNG TENAGA: Harapan semua
agak batasan dan tanaman pertanian akan membuahkan hasil
yang memberangsangkan dan membanggakan warga SMPKVSA.
__________________________________________________________
AKTIVITI MEMBINA BATAS ASAS TANAMAN PERTANIAN:
Semua ahli pencinta Alam, bersama-sama bertugas membina
batas untuk kesempurnaan pertanian.
__________________________________________________________
HASIL BINAAN BATAS DAN TANAMAN ASAS: Berbudi kepada
tanah, berbakti kepada sekolah dan berkerjasama sesama
rakan dan guru mampu mengajar warga SMPKV erti berdikari.
__________________________________________________________
Perkara : AKTIVITI KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SEMPENA KARNIVAL
KOKURIKULUM 2011
Tarikh : 3 May 2011 (Selasa)
Tempat : Anjung selera SMPKVSA
Masa : 3.30 pm - 5.00 pm
KONGSI ILMU DAN BUAH FIKIRAN: Sebahagian daripada guru-guru
Kelab kebudayaan dan kesenian bergabung tenaga menyediakan
peralatan dan keperluan pertandingan Buku Skrap Kebudayaan.
__________________________________________________________
PERALATAN DAN ASAS BUKU SKRAP: Pensel warna, Gam,
Gunting, kertas berjilid sesikat adalah barangan asas
penyediaan buku skrap khas untuk setiap kumpulan pelajar.
__________________________________________________________
SUMBER ILMU UNTUK CARIAN INFORMASI SENI: Surat Khabar
lama adalah sumber penting dapatan gambar dan informasi
untuk menyediakan Buku Skrap Kesenian dan Kebudayaan.
__________________________________________________________
TELITI DAN PRIHATIN: Pn. Hasni Zainu (kiri) bersama-sama
pelajar Kumpulan Senitari mencari informasi dan gambar
yang sesuai untuk kegunaan Buku Skrap Kesenian dan
Kebudayaan.
__________________________________________________________
PENERANGAN ASAS GURU NASIHAT: Cik Nurhayati Abu Jamil
(kiri) menyampaikan informasi dan panduan sebelum
memulakan sesi penyediaan bahan untuk buku Skrap bertopik .
__________________________________________________________
MULAKAN AKTIVITI DENGAN KECERIAN: Pn.Suzielia Baharum
(kanan) mengetahui kumpulan unit kecantikan memulakan
aktiviti bersama para pelajar dengan melukis dan menggunting
gambar dan informasi.
__________________________________________________________