Thursday, May 12, 2011

Perkara : 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Pusat Sukan dan sekitar SMPKVSA
Masa : 7.30 pm - 2.00 pm



PENDAFTARAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan
Cikgu Asmahani (kanan) dan Cikgu Norlaila ceria bertugas
di meja pendaftaran utama bertapak di Dewan SMPKVSA.
__________________________________________________________



SATU MALAYSIA:
Paparan di televisyen dan beberapa layar
putih menunjukkan Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin memulakan
acara 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di seluruh
Negara Malaysia.
__________________________________________________________



LAGU 1 MURID 1 SUKAN:
Barisan guru-guru bersama-sama
menyampaikan lagu 1 Murid 1 Sukan untuk menyemarakan
lagi dunia sukan di sekolah, Negara dan seantro dunia.
__________________________________________________________



RAFA' DOA MOHON KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT:

Bersama-sama meminta semua aktiviti hari ini dirahmati
dan direstui oleh Ilahi Rabbi, Tuhan Maha Agung.
__________________________________________________________


SEMANGAT KESUKANAN DAN PELAJAR 1 MALAYSIA: Aktiviti
regangan dan memanaskan badan di Dewan Besar SMPKVSA.
__________________________________________________________


SEMANGAT KENTAL DAN JIWA YANG KUAT, GIGIH UNTUK GAGAH:
Sebahagian daripada guru-guru lelaki tak ketinggalan untuk
aktiviti regangan dan maklumat awal sebelum sukan
dimulakan.
__________________________________________________________


BERSAMA-SAMA MULAKAN ACARA 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan Pengetua SMPKVSA (kanan) memegang alatan
suara dan bendera bagi memulakan acara yang gilang gemilang.
__________________________________________________________


SMPKVSA DAN SUKAN, SUATU YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN:
Acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia mampu memupuk
semangat kekitaan dan kesukanan dikalangan semua warga
SMPKVSA.
__________________________________________________________





AKTIVITI SUKAN 1 MALAYSIA MEMUPUK KEKITAAN DAN KESUKANAN
DI KALANGAN WARGA SMPKVSA
: Aktiviti
Paparan gambar menunjukkan suatu gambaran dan keserasian
menunjukkan semua warga pendidik, staf sokongan dan juga
para pelajar bersama-sama berlari bagi menyempurnakan
dan menyokong idea gemilang pemimpin terbilang.
__________________________________________________________





TITIK AKHIR AKTIVITI GEMILANG DUNIA SUKAN 1 MURID
1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Kelihatan para pelajar dalam keadaan letih
dan penat namun keceriaan tergambar tanda puas hati
menyudahkan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama-sama.
__________________________________________________________



SEMANGAT SUKAN ADA DIMANA-MANA: Kelihatan Ameer, (Kanan)
Pelajar tingkatan 4 Jurubatik Lukis SMPKVSA aktif dalam acara
di padang sekolah, sempena menjayakan 1 Murid 1 Sukan
1 Malaysia.
__________________________________________________________



GAMBARAN DAN IMAGINASI SUKAN DAN KEUNGGULAN SEMANGAT
KEKITAAN ANTARA GURU, STAF SOKONGAN DAN PELAJAR
:
Beginilah suasana sukan di SMPKVSA.
__________________________________________________________


PELAJAR DAN GURU DALAM SUKAN 1 MALAYSIA: Semua yang
ada di sekolah, bersama-sama menjayakan hari bersejarah
ini menyokong tradisi sukan dan permainan di peringkat
sekolah dan antarabangsa.
__________________________________________________________





AKTIVITI GURU DI GELANGGANG BOLA TAMPAR TANDA MENYOKONG
PADU 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA:
Semua Guru, Staf Sokongan serta
pelajar bersama-sama memupuk jiwa unggul menjayakan sesuatu
aktiviti dan program kesukanan yang unik dan julung-julung kali
diadakan di Malaysia.
__________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment